Sep 30, 2008

Selamat Hari Raya!

Kemaafan seluas keceriaan, keinsafan seluas kegirangan
Tersusun rapi jari di tangan, dosa terhapus tiada disimpan

Ucapan beriringan keikhlasan tulus dari ingatan. Buat semua pengunjung dan warga senibina, serta semua rakyat Malaysia dan umat Islam seluruhnya.

1 Syawal 1429

Sep 2, 2008

KREDIT II

Thank you!

(Tags are not for sale)

Sep 1, 2008

KREDIT I

Syukur....& TERIMA KASIH banyak-banyak!

Tukang-tukang Archiday - Luas 2008 sangat sangat berbesar hati kepada semua yang sudi memunculkan diri pada Archiday kami 29 dan 30 Ogos lepas. Kami memang tak terduga sambutan yang luar biasa sehingga penuh Foyer FSPU! Sekurang-kurangnya dapatlah jugak kami dedahkan sikit sebanyak kehidupan kita sebagai budak aki kepada warga UiTM yang lain.

Terima kasih kepada semua lecturer, senior dan junior yang memberi kerjasama yang berganda banyaknya, kalau tak ada korang maka sempitlah Archiday kami ni, tiada lagi luasnya.

Kepada semua Tukang-tukang, korang terbaek! Syabas sebanyak-banyaknya kepada semua yang bertukus-lumus. Tiada hierarki di sini, hanya uniti.

Gambar dan video update nanti lah.

Selamat Hari Merdeka ke-51
Selamat Menyambut Bulan Ramadan
Selamat bersenibina

Jangan tak puasa dan selamat kembali ke kelas.

Luas 2008.

Aug 26, 2008

Games Archiday

Tak kiralah anda sang badang nan perkasa ataupun si otak bergeliga, permainan kami tetap akan mengundang cabaran! Semua game start pukul 8.30 pagi hari Sabtu. Jangan lambat!

1. SLOWCOACH (bawak motor paling lambat)
Individu -- motor sendiri. Syarat wajib: lesen motor kena ada!
Tempat: Foyer FSPU

2. SENSETECTOR (sketch, colour, render)
Empat (4) orang satu group. Sorang sketch, dua orang colour, sorang render.
Tempat: Foyer FSPU

3. UPIH--STRUCTURE GAME (design upih sendiri)
Lima (5) orang satu group.
Material: Surat khabar dan tali rafia.
Tempat: Foyer FSPU

4. WIN, LOSE OR DRAW (lukis & teka)
Lima (5) orang satu group.
Tempat: Foyer FSPU

5. WARGAMES
Lima (5) orang setiap group.
Tempat: Bukit Archi

6. TARIK TALI
Sepuluh (10) orang setiap group.
Tempat: Bukit Archi

Sila sediakan wakil untuk setiap batch. Semua game dijangka akan berakhir sebelum jam 4.30 petang hari yang sama.

Hadiah ADA!!!

Hubungi Aman, E'EH +60172232231

Aug 24, 2008

Pemberitahu

Sungguhpun kami sedang berkampung di kota Melaka sekarang, namun itu tidak bermakna kerja-kerja persiapan Archiday tergendala.

Sukacita dimaklumkan kepada semua kakitangan AJK Promosi (sila rujuk list), anda diharapkan untuk bertemu dengan Zafran, MAT JEK +60179277269 pada hari Isnin ini.

Selebihnya akan diberitahu kelak.

- Tukang-tukang Archiday dari Melaka.

Aug 22, 2008

Happy Birthday, Ween!

Suka sangat dengan Pelaka tu!

Aug 21, 2008

Kerahan Tenaga: Tag

Tag Archiday 2008 dalam pembikinan!


Dapatkah mereka menghabiskannya on time? Kita tunggu...

Aug 20, 2008

Galeri Archiday


Maybe architecture is not all about draftings and models after all. We're offering you a space for anything else, as architecture is luas by definition.

You deserve it. We want to feature YOU. What do YOU think about architecture? Never mind what others think. It's all about you, as an architecture student, to show off what is in your mind this coming Archiday.

Take out all your artworks -- paintings, sculptures, photographs, sketchings, rejected assignments, old junks you think that is interesting, poems, and everything else related -- to be displayed in Archiday 2008 Luas Gallery.

Give everything to us before August 29. And we'll take care of the rest.

Don't hesitate. Everybody has a room in our Archiday.

Contact Faiz Azri, BULALA +60179632622. Hand your to-be-displayed items to him, or any of our team members.

Aug 19, 2008

Gerai Archiday 2008

Kami membuka ruang seluas mana yang boleh dan mempelawa anda untuk memeriahkan lagi Archiday dengan mengadakan gerai-gerai jualan di sekitar Foyer FSPU UiTM Perak.

Pelajar-pelajar senibina UiTM Shah Alam juga dialu-alukan untuk membuka gerai jualan. Barang-barang jualan boleh terdiri daripada pakaian, makanan, merchandise, souvenir dan sebagainya.

Setiap gerai atau booth akan dicaj dengan bayaran RM10.

Satu meja akan disediakan beserta dua kerusi. Plastik sampah disediakan untuk setiap gerai.

Penggunaan dapur gas tidak dibenarkan.

Pertandingan gerai terbaik akan diadakan. Rebut tempat secepat mungkin!

Hubungi Syaihan Sajidah, CIK AN +60125415566 untuk informasi dan konfirmasi.

Permohonan Sumbangan / Plea for Sponsors

Salam,

Di sini kami ingin memohon sumbangan dari mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu kami meringankan beban kewangan dan menambah dana bagi menjayakan Archiday kita.

Dapatkan surat sumbangan anda di sini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami dahulukan atas pemberian anda.

***

Greetings,

We'd like to appeal for any form of sponsorship from anyone who is interested to help us in funding our upcoming Archiday. We're more than glad to accept any of your financial help on the way to make our Archiday a success.

Get your sponsor letter here.

Thank you so much for your gratitude!

Musykil? Hubungi
Confused? Contact

Syamimi Mazwani, MIMI +60192308225
mort2ort@yahoo.co.uk

Aug 10, 2008

Selamat Datang ke Blog Archiday Luas 2008!

Salam,

Kami pasukan Archiday 2008 mengalu-alukan kedatangan anda ke blog kami. Kami akan cuba untuk mengemaskini dengan sebaik mungkin mengenai Archiday semester ini yang mengetengahkan tema 'Luas'. Selainnya akan diupdate nanti!

***

Greetings,

We, the Archiday 2008 Team, welcome you here to our blog. We'll try to feature the latest updates on our (your) very own Archiday this semester which features the theme 'Luas'. Much more to be updated soon!